Web Search

Wednesday, 4 May 2011

KISAH SERAM DI POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

This is an interesting horror story if  you don't understand the language please use Google translate ...


Kisah ini berlaku tidak lama begitu di politeknik Mukah semasa saya sem 3.
Pada suatu malam Khamis saya bersama seorang senior sem 5 'Nazmi', kami melepak-lepak lalu saya menceritakan cerita seram kepada Nazmi lalu dia pun rancak membuka cerita yang sama. Berbagai-bagai cerita-cerita seram yang kami kongsi...ada cerita dari Sabah dan ada pula dari Sarawak.


........Cerita punya cerita jam sudah pukul 1.50 pagi Nazmi pun penat dia pun balik kebiliknya cuaca hari tu kurang baik ribut petir,lalu saya pun mematikan komputer dan speaker saya lalu tidur. Entah kenapa saya rasa malam tu pelik betul macam susah mau tidur...banyak budak berteriakan ,kilat sambung-menyambung eh...aneh betullah. Saya cuba juga untuk tidur, tetapi hati saya sentiasa memikirkan kepelikan malam itu "kenapa ada pula burung yang berkicauan jam 4.30 pagi ni " ahh..tidur jak lah dalam hati saya.

Sejam kemudian Azan Subuh kedengaran bercampur dengan bunyi petir lalu roommate saya pun turun ke Surau tetapi suara budak-budak berteriakan seolah-olah berpesta masih kedengaran kebiasaannya budak yang main Dota.

Tiba-tiba badan saya terasa amat-amat sejuk dan saya dapat merasakan ada kehadiran sesuatu disekeliling saya tapi tidak kelihatan, lalu saya cuba memberanikan diri berjalan kearah suis lampu tetapi badan saya terasa sangat lemah. Saya cuba juga untuk menghidupkan lampu tersebut setelah saya lihat tiada apa disekeliling saya semuanya kelihatan biasa...lepas tu naluri saya kuat berkata, "pergi keluar sana dan lihat sesuatu" saya pun buat-buat berani pergi ketandas ...semasa saya buka pintu tu terasa keadaan yang sangat sejuk, lepas berjalan beberapa langkah untuk ketandas saya terhenti di depan bilik seorang kawan saya 'Sharul' melihat Lembaga hitam menyerupai bentuk badan manusia melintas di depan saya....ianya berlaku sekelip mata  saya tidak mampu teriak, lari, lagilah berdoa pun tidak lepas. Sejurus itu saya bergegas ke tandas mencuci muka dan balik ke bilik .Selepas saja sampai di bilik, saya hidupkan komputer dan speaker saya lalu mainkan lagu R&B  dengan Vol yang penuh dan bermain permainan Counter Strike untuk menghilangkan rasa takut itu, mungkin ramai student tidak perasaan dengan bunyi speaker tersebut kerana mungkin terlelap kalau ada yang perasaan maaf sangat dan yang peliknya mana datang suara budak-budak yang berteriakan sedangkan tiada seorang di bilik reakreasi bermain permainan Dota.

Keesokan paginya masa saya ke pekan dengan Nazmi saya menceritakan kesemua yang berlaku malam tadi....dia terkejut juga tetapi dia berkata tiada apa-apa yang pelik berlaku dengan dia. Tiga hari lepas tu Nazmi memberitahu saya dia mengalami pengalaman yang sama semasa ingin ketandas, dia terdengar suara seorang perempuan menangis di sebelah tandas. Kemungkinan hal ini berlaku kerana makluk tersebut rasa tercabar dengan perbualan kami di malam hari...

So apapun ia menjadi pengajaranlah kepada kami, janganlah bercerita benda-benda macam tu di tempat yang keras.

"Kisah ini adalah benar semata-mata"
"This is a true story based on what author experienced"                           

 Author: IKMAL